NUN

tumblr_mdfq8hvGao1rhqhoko1_400

Mentarbiah akhawwat memang ada kelainannya berbanding dengan ikhwah. Alhamdulillah, aku diberi izin oleh Allah untuk terlibat dalam mendidik kedua-dua gen ini. Walaupun silibus perbincangannya sama, tapi pengkhususan tetap berbeza. Akhawwat akan menjadi isteri kepada seorang ‘pejuang’ yang bukan sahaja memimpin keluarga, bahkan menjadi pemimpin massa. Pastinya tugas mereka seberat ummahatul mukminin dalam memotivasi suami agar terus kukuh dan agresif dalam perjuangan. Kerja sebenarnya kelak adalah menjadi sekolah baru dalam rumahtangga yang bakal melahirkan generasi baru yang mewarisi perjuangan. Mereka bertanggungjawab memastikan kesinambungan perjuangan ini berterusan. Ini tidak menafikan peranan mereka di luar rumah dalam mendidik puteri-puteri sejenisnya.

Kata Hasan al-Banna: “Islam berpandangan wanita mempunyai tugas yang sesuai dengan semulajadi mereka iaitu di rumah dan bersama anak-anak. Sebagai anak gadis dia perlu mempersiapkan dirinya untuk memikul tanggungjawab keluarga di masa depan. Sebagai isteri dia perlu memberikan seluruh tumpuannya kepada rumah dan suaminya. Sebagai ibu dia perlu berkhidmat untuk suami dan anak-anaknya…

View original post 633 more words

Posted in Pelbagai

bila hatiku berbicara

ANTARA babak kontroversi Sahara yang menyaksikan Reen yang membawa watak wanita berpurdah berpelukan dengan Ikhwan.

 

KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara semalam tampil membuat permohonan maaf

KUALA LUMPUR – Tiga pelakon lelaki drama bersiri kontroversi, Sahara semalam tampil membuat permohonan maaf berikutan babak yang didakwa menyentuh sensitiviti agama Islam sehingga menyebabkan tayangannya terpaksa dihentikan di saluran Astro Prima baru-baru ini.

Tindakan itu diambil apabila pelakon lain yang turut membintangi drama yang ditayangkan di saluran itu menerima tempias dan mendapat kecaman pelbagai pihak terutama di blog dan laman sosial seperti Facebook.

Pelakon Arief Farhan, Faried Wari dan Muaz Aydyl tampil membuat permohonan maaf secara peribadi tanpa melibatkan pihak produksi atau stesen televisyen.

“Kami mengharapkan orang ramai berhenti membuat tohmahan dan provokasi di laman sosial.

“Kami memohon maaf sekiranya isu ini mencetuskan kemarahan. Setiap manusia melakukan kesilapan dan kami mengakui kesilapan kami,” jelas Arief yang mewakili barisan…

View original post 101 more words

Posted in Pelbagai

sebelum mata terlena

Sebelum mata terlena

Di buaian malam gelita

Tafakur ku di pembaringan

Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa

Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti

Membawa dosa yang menggunung tinggi

Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini

Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena

Dengarlah rintihan hati ini

Tuhan beratnya dosaku

Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayangMu

Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu

Andainya esok bukan milik ku lagi

Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana

Lepaskan beban ini

Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimuti diri ku

Dengan sutra kasih sayangMu

Agar lena nanti ku mimpikan

Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga

Dapat lagi ku rasai

Betapa harumnya

Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Di sepertiga malam

Sujud ku menghambakan diri

Akan ku teruskan pengabdianku padaMu

 

Posted in Pelbagai

ukhti siber

Bila kita fikirkan apakah kita sekarang berukhwah kerana Allah? Seindah apa ukhwah yang kita miliki atau yang pernah kita alami? Bagaimana kita menjaga ukhwah itu? Banyak persoalan yang perlu kita muhasabah semula.Begitu juga dengan diri saya sendiri terasa banyak lagi kekurangan dan kelemahan saya dalam saya bersahabat.Kita susah untuk memahami sahabat tapi yang penting kita cuba untuk memahami sahabat, mungkin suatu hari nanti dia akan memahami kita.Kita semua tidak sempurna tapi kita cuba jadi sahabat yang baik, yang mana dapat membimbing sahabat-sahabat kepada kebaikan bukannya keburukan.Dalam kita bersahabat banyak perkara yang Allah s.w.t uji kita, bila kita tabah dalam menghadapi ujian itu bermakna kita berjaya bersahabat kerana Allah s.w.t. Bila kita lihat makna ukhwah itu sendiri yang bermaksud menyatukan hati dan roh yang terikat dengan dengan ikatan akidah yang satu.

Tingkat ukhwah yang paling rendah adalah berlapang dada dengan sahabat-sahabat dan tingkat ukhwah yang paling tinggi adalah ithar. Kenapa kita…

View original post 1,121 more words

Posted in Pelbagai

langkah penuh harapan

bila hatiku berbicara

pix_middle

TIGA selebriti cantik yang anggun berhijab, Irma Hasmie Ibrahim, Anne Ngasri dan Yatt Hamzah cukup bertuah. Senyuman manis yang terukir pada wajah masing-masing menzahirkan kebahagiaan yang sedang dikecap.

Mereka yang ditemui di lokasi penggambaran komersial tudung D’Haja di Pulau Indah, Klang, berkongsi khabar bahagia mengenai Irma bakal menurut jejak langkah Yatt dan Anne bergelar ibu.

sebelum   selepas
  • Foto
  • Foto
  • Foto

Irma yang juga duta D’Haja, memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana hajatnya dan suami, Redza Syah Azmeer Datuk Redzuan untuk menimang cahaya mata bakal dimakbulkan. Berita itu dirai pasangan yang melangsungkan pernikahan pada 29 Jun lalu, bersama keluarga kedua-dua pihak yang sama-sama tidak sabar menyambut kehadiran cucu pertama.

Seperti kebanyakan wanita hamil lain, Irma, 30, mengalami alahan, rasa mual dan cepat letih bahkan kadang-kadang terbawa-bawa hingga malam. Bagaimanapun, pelakon dan pengacara popular ini bersyukur kerana tidak mengalami alahan bau dan tidak mengidam makan.

“Alhamdulillah, usia kandungan saya sudah mencecah dua bulan. Suami dan keluarga…

View original post 782 more words

Posted in Pelbagai

Setetes Embun

Sebait sajak tentang cinta dari film Ketika Cinta Bertasbih:

Cinta adalah kekuatan yg mampu
mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibah.

Namun demikian, cinta pun bisa menghasilkan perubahan yang sebaliknya: mengubah mawar menjadi duri, dan seterusnya….

Dikutip dari : http://blog.al-habib.info/id/kata-mutiara-islami-tentang-cinta/

 

View original post

Posted in Pelbagai

Pena Kusisip Blog

Apa motif sebenar pengarah drama itu

Drama Tahajjud cinta yang mula ditayangkan beberapa minggu lalu ternyata mendapat respons yang begitu baik dalam kalangan penonton setia slot Zehra di TV3.

Rata-rata meminati drama ini kerana mesej serta lambakan pelakon popular yang menghiasi sejam waktu siarannya. Namun, di celah-celah keriuhan memperkatakan keberanian pengarahannya membangkitkan isu wanita menerusi drama ini, ada juga pihak yang kurang senang dengan karya Eirma Fatima ini.

Buktinya, wujud laman sosial facebook yang menuntut agar drama ini dihentikan siarannya. Alasannya, drama ini menghina wanita bertudung khususnya kepada mereka yang berpurdah.

Menerusi laman sosial itu juga, Eirma, juga dikecam kerana menulis skrip yang menjurus kepada sikap tidak baik penghuni di sekolah pondok dengan mengetengahkan isu poligami serta penderaan dalam drama itu.

Walaupun Eirma gagal dihubungi, namun beliau turut memberikan reaksi berhubung isu itu menerusi laman twitter miliknya.

“Tahajjud Cinta ada 13 episod! Biar mereka lihat semua dan merangkum seluruh ketidakpuasan…

View original post 286 more words

Posted in Pelbagai

Mohd Riduan Khairi

Ketika Luqman menasihati anaknya, beliau menggunakan analogi sebanyak dua kali dalam Surah Luqman.

Pertama, ketika membandingkan amalan yang kecil dengan biji sawi.

Kedua, ketika membandingkan suara yang jelek dengan suara keldai.

Kedua-dua analogi ini ialah analogi alam. Yakni, membandingkan dengan sesuatu alam sekeliling. Biji sawi ialah jenis tumbuhan, manakala keldai ialah haiwan.

Menurut Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, analogi boleh dibuat dalam 3 bentuk. Pertama analogi alam, seperti yang digunakan oleh Luqman. Kedua, analogi diri sendiri, yakni dengan membayangkan diri sendiri pada situasi lain. Ketiga, analogi fantasi dengan membayangkan perkara yang belum terjadi.

Contoh analogi dalam Al-Qur’an

Bandingan (pahala) orang-orang yang menginfakkan harta mereka seperti sebiji benih yang menumbuhkan 7 tangkai. Dari setiap tangkai itu tumbuh 100 biji” dari Surah Al-Baqarah.

Contoh analogi dari hadith

Bayi yang baru lahir umpama kain putih, ibu bapa yang akan menentukan sama ada mereka akan menjadi Yahudi atau Nasrani atau Majusi“.

View original post 226 more words

Posted in Pelbagai

Genta Rasa

Percayalah, orang yang cemerlang ialah orang yang ceria. Dia melaksaanakan apa jua aktiviti hidupnya dengan rasa gembira. Sama ada aktiviti yang berkait dengan Allah (habluminallah), mahupun aktiviti yang berkait dengan manusia (habluminannas), semuanya dibuat dengan gembira .

Ceria yang dimaksudkan di sini bukanlah terkinja-kinja atau tertawa terbahak-bahak, tetapi rasa senang, tenang, rasa bebas dan lapang di dalam hati.

Tidak percaya? Cuba imbau kembali hasil kerja kita yang dirasakan paling berkualiti, sama ada  tulisan, masakan, lukisan, persembahan atau apa sahaja… Ingat semula bagaimana hati kita sewaktu menghasilkannya. Insya-Allah, pada waktu itu mesti hati kita dalam keadaan ceria. Mustahil kita dapat menghasilkan satu kerja yang baik sewaktu dilanda perasaan sedih, benci ataupun marah.

Aliran kegembiraan akan mengukir mutu yang tinggi pada hasil pekerjaan kita. Itulah yang dimaksudkan ‘air tangan’ dalam pekerjaan kita. Air tangan itu hakikatnya adalah aliran keceriaan yang mengalir daripada diri kepada pekerjaan kita. Bukan sahaja kerja malah wajah kita…

View original post 518 more words

Posted in Pelbagai